Hari ini sangat bermakna bagi saya kerana kebun ternak belanda saya di lawati oleh otai-otai yang berpengalaman sperti Capt(Eudrillus) dan Zul pada pukul 1230 tengahari dari Kajang. Kemudian disusuli pula oleh Pakitam(en Rahman dan Zul) dari Klang Utama. Mereka ternyata sangat berpengalaman didalam berbagai pengetahuan dalam penternakan,pengurusan dan future market planning. Begitu juga kaedah perawatan bahan sisa dan penghasilan makanan alternatif.......
Terima kasih kepada mereka berempat yang sudi datang singgah dari jauh Selatan semenanjung dan saya sangat berbesar hati kerana mereka sudi terima pelawaan saya makan mee udang yang terkenal di Penang(Ayu Mee Udang)....
Dengan kehadiran Pakitam dan Capt meninggalkan ilmu yang sangat berguna untuk di aplikasikan didalam kebun ternak ayam saya. ...iaitu kaedah pengawalan bau,peleraian najis ayam dan kawalan penyakit melalui penggunaan EMAS iaitu EM1 yang telah diaktifkan....terima kasih.